Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan olehpenggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com

 UNIT  KO-KURIKULUM SMK JALAN OYA

FUNGSI UTAMA

Merancang,Menyedia ,Melaksana dan Menilai semua aktiviti kokurikulum

Aktiviti

  • Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
  • Mengadakan mesyuarat
  • Menentukan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum sekolah
  • Membuat laporan tahunan
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar.
KO-KURIKULUM 
  • Berikut adalah peranan Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras-Penyelaras Kokurikulum, Setiausaha Sukan, Guru Penasihat (Kelab/Persatuan/Badan Beruniform), Guru Rumah dan Guru Permainan (Guru Sukan) dalam kegiatan kokurikulum yang berkualiti :
Pengetua

Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab :

  • Memastikan segala perancangan aktiviti kerja terlaksana.
  • Membimbing dan menggalakkan guru meningkatkan kecekapan bagi melaksanakan gerak kerja.
  • Menjadi contoh dan bersifat tegas.
  • Menjalankan penilaian.
  • Sebagai perantara sekolah dan masyarakat.
  • Memastikan peneguhan persatuan/kelab sukan/badan beruniform.
  • Menentukan unit-unit berfungsi secara aktif, teratur dan sempurna.
  • Menentukan perkembangan bakat dan potensi pelajar.
Penolong Kanan Kokurikulum 

Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab :

  • Bertanggungjawab kepada pengetua untuk mencapai dasar Pendidikan  Kebangsaan
  • Mempengerusikan mesyuarat dengan semua guru penasihat pada awal tahun untuk merangka dan menggubal program.
  • Mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan.
  • Mempertingkatkan kebajikan pelajar, aktiviti kokurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.
  • Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
  • Mempastikan Pendidikan Jasmani dilaksanakan di sekolah.
  • Merancang takwim kokurikulum sekolah.
  • Mengadakan dan menyusun aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum.
  • Meneliti dan seterusnya melaksanakan semua program yang dirancang.
  • Bertindak sebagai penyelaras dan penyelia semua gerak kerja pasukan, unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.
  • Mengagihkan jadual tugas guru-guru dalam bidang kokurikulum.
  • Menyelia dan menyimpan maklumat yang berkaitan.
  • Membantu mengenalpasti guru-guru yang berpotensi untuk peningkatan kemahiran guru.
  • Melaksana tugas menyelaras dan menyelia persatuan dan kelab yang bercorak akademik serta bukan akademik.
  • Mengumpul laporan aktiviti tahunan bagi setiap gerak kerja dan menyerahkan kepada Pengetua.
  • Menyedia dan mengedarkan borang-borang dan buku rekod kegiatan kokurikulum kepada guru-guru penasihat dan guru-guru tingkatan untuk diisi.
  • Memungut dan mensahkan buku-buku rekod tersebut pada akhir tiap-tiap semester, seterusnya menyerahkan kepada guru-guru tingkatan.
  • Berhubung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Luar Bandar Sibu (MSSLB), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sibu (MSS),Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti tahunan yang telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memudahkan penyelarasan serta penyertaan sekolah ke pertandingan sukan dan permainan.
Setiausaha Sukan / Penyelaras Kelab Sukan & Permainan 

Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab:

  • Menjadi Penyelaras Kegiatan Sukan dan permainan (menguruspendaftaran pelajar-pelajar dalam mana-mana kelab sukan dan    permainan serta ahli-ahli rumah sukan)
  • Melaksanakan segala program sukan sekolah
  • Menyelaras olahraga, rentas desa, jalan kaki, sukan tara, permainan, sukan antara rumah/kelas/tingkatan dan sekolah.
  • Sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian, menjadi penggerak untuk memperkembangkan minat dalam bidang sukan dan permainan.
  • Menyediakan susunan aktiviti-aktiviti(takwim) untuk setahun.
  • Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menetapkan guru Kanan Ruma (ketua-ketua), guru-guru rumah dan guru-guru permainan(jurulatihs ekolah) serta guru-guru penasihat kelab sukan dan permainan
  • Menyusun kursus-kursus kemahiran permainan dan sukan untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Mendokumentasikan segala jenis permainan yang disertai oleh sekolah  dan nama pemain-pemain.
  • Bertanggungjawab untuk membeli alat-alat sukan dan menyimpan serta                       menyelenggarakan stok sukan.
  • Menyediakan kelengkapan dan kemudahan sukan dan permainan.
  • Menghias papan kenyataan kelab/persatuan secara teratur dan mengelakkannya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
  • Menentukan kegiatan tiap-tiap kelab/persatuan sukan dijalankan seminggu sekali pada hari dan masa yang ditetapkan dalam program tahunan.
  • Menyediakan dan menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pada penghujung setiap semester.
  • Membuat dan mengemaskinikan data rekod kegiatan kokurikulum pelajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir semester untuk semakan.
  • Menyelia,  mengawas, membuat penilaian berterusan dan menyediakan  Laporan Tahunan.
Penyelaras Unit Beruniform

Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab :

  • Menjadi Penyelaras dan penyelia aktiviti badan-badan beruniform(mengurus  pendaftaran pelajar-pelajar dalam mana-mana Unit Beruniform).
  • Melaksanakan segala program/aktiviti unit-unit beruniform sekolah.
  • Sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian, menjadi  penggerak untuk memperkembangkan minat dalam bidang unit-unit   beruniform.
  • Menyediakan susunan aktiviti-aktiviti(takwim) untuk setahun.
  • Merancang penubuhan Unit atau Badan Beruniform.
  • Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menetapkan guru-guru penasihat Unit-Unit  Beruniform.
  • Menyusun kursus-kursus kemahiran kepada  unit-unit Beruniform untuk guru- guru.
  • Mendokumentasikan segala jenis pertandingan atau aktiviti yang disertai oleh  sekolah an nama pelajar-pelajar yang terlibat
  • Bertanggungjawab untuk membeli peralatan-peralatan yang hendak digunakan dan menyimpan serta menyelenggarakan stok peralatan tersebut.
  • Menghias papan kenyataan Unit Beruniform secara teratur dan mengelakkannya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak .
  • Menentukan kegiatan tiap-tiap unit beruniform dijalankan dua minggu sekali pada hari dan masa yang ditetapkan dalam program tahunan.
  • Menyediakan dan menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pada penghujung setiap semester.
  • Membuat dan mengemaskinikan data rekod kegiatan kokurikulum pelajar
  • dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir semester untuk semakan
  • Menyelia  ,mengawas ,membuat penilaian berterusan dan menyediakan Laporan Tahunan.

Penyelaras Kelab Dan Persatuan

Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab :

  • Menjadi penyelaras dan penyelia aktiviti kelab / persatuan akademik dan bukan akademik (mengurus pendaftaran pelajar-pelajar dalam mana-mana kelab / persatuan)
  • Melaksanakan segala program/aktiviti kelab/persatuan berbentuk akademik atau bukan akademik di sekolah dan diluar sekolah.
  • Sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian, menjadi penggerak untuk memperkembangkan minat dalam bidang kelab atau persatuan.
  • Menyediakan susunan aktiviti-aktiviti(takwim) untuk setahun.
  • Merancang penubuhan kelab / persatuan.
  • Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menetapkan guru-guru penasihat kelab / persatuan.
  • Menyusun kursus-kursus kemahiran kepada kelab/persatuan untuk guru-guru dan pelajar pelajar.
  • Mendokumentasikan segala jenis pertandingan atau aktiviti yang disertai oleh sekolah dan nama pelajar-pelajar yang terlibat.
  • Bertanggungjawab untuk membeli peralatan-peralatan yang hendak digunakan dan menyimpan serta menyelenggarakan stok peralatan tersebut.
  • Menghias papan kenyataan Kelab/Persatuan secara teratur dan mengelakkannya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
  • Menentukan kegiatan tiap-tiap kelab / persatuan akademik dan bukan akademik dijalankan dua minggu sekali pada hari dan masa yang ditetapkan  dalam program tahunan.
  • Menyediakan dan menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pada penghujung  setiap semester.
  • Membuat dan mengemaskinikan data rekod kegiatan kokurikulum pelajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir semester untuk semakan.
  • Menyelia, mengawas, membuat penilaian berterusan dan menyediakan laporan  tahunan.
  • Guru Penasihat Kelab / Persatuan / Badan Beruniform
 Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab :
  • Menggalakkan dan mendaftar semua pelajar menjadi ahli,menguruskan pemilihan anggota pasukannya dan menentukan dasar pembahagian keahlian antara pasukan. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  • Menggubal dan menentukan peraturan, undang-undang dan perlembagaan serta perkembangan dan kemajuan kelab / persatuannya berjalan lancar.
  • Menubuhkan jawatankuasa pelajar dan memastikan mereka  melaksanakan tanggungjawab mengikut perlembagaan.
  • Merancang dan menyusun program aktiviti persatuan atau kelab bagi sesuatu tahun mengikut semester bersama jawatankuasa pelajar. Senarai program diserahkan kepada Penyelaras Kelab/Persatuan masing-masing dan Penolong Kanan Kokurikulum.Pastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  • Menentukan tiap-tiap aktiviti yang telah dirancang berjalan mengikut jadual serta berjalan dengan teratur dan lancar.
  • Menghadiri dalam setiap perjumpaan atau kegiatan persatuan.
  • Menjaga kewangan persatuan, wang runcit dan harta benda persatuan / kelab dan menentukan semuanya digunakan untuk kebaikan ahlinya.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pendapatan kelab / persatuan.
  • Mengiringi rombongan lawatan  yang diatur oleh persatuan.
  • Membuat laporan bagi setiap kegiatan persatuan  dengan menyatakan tarikh, masa, tempat, jenis kegiatan, kehadiran ahli, guru dan program aktiviti yang diadakan dari mula hingga akhir.Pastikan Minit Mesyuarat dan laporan Aktiviti disedia dan difailkan
  • Menyerahkan program aktiviti kelab / persatuan kepada Penyelaras Kelab / Persatuan masing-masing dan Penolong Kanan Kokurikulum pada awal setiap semester.
  • Menjadi jurulatih pasukan.
  • Mengiringi dan menjaga disiplin dan kebajikan pelajar semasa dalam lawatan atau projek yang dijalankan,latihan dan permainan serta memberi peransang bagi membangkitkan semangat mereka.
  • Memastikan kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan perlawanan.
  • Membahagikan alatan dan pakaian sukan dan permainan kepada pemain dan mengumpulkanya semula.
  • Menjaga keselamatan barangan dan alatan sukan dan permainan agar  berada dalam keadaan sempurna.
  • Menyediakan peralatan kecemasan seperti plaster, ubat luka dan sebagainya, menghubungi keluarga dan menghantar ke hospital atau ke rumah pemain sekiranya berlaku kecederaan yang serius.
  • Bekerjasama dengan guru-guru lain dalam menyediakan trek-trek di padang menjelang Hari Sukan dan Permainan.
  • Menyediakan khemah untuk para pelajar berkumpul semasa mengambil bahagian.
  • Menyediakan makanan dan minuman ringan untuk pelajar yang mengambil bahagian dalam sukan.
  • Mendapatkan surat keizinan ibubapa bagi pelajar yang mewakili sekolah.
  • Melaporkan segala keputusan pertandingan kepada Setiausaha  Sukan / Penyelaras masing-masing dan Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Mencatat dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam sesuatu pertandingan bagi dijadikan asas dalam menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum pelajar.
  • Menyedia dan mengadakan rekod stok untuk rujukan, pemeriksaan dan  penyelenggaraan simpanannya.
  • Menyimpan fail-fail, butiran dan maklumat.
  • Memberi penilaian markah kokurikulum kepada semua ahli dan diserahkan kepada Guru-Guru Tingkatan pada akhir tahun untuk dikemaskinikan rekodnya.
GURU SUKAN & PERMAINAN

Tugas-tugas Dan Tanggungjawab :

  •  Membentuk sebuah jawatankuasa sukan pelajar dan permainan di peringkat  sekolah.
  • Bertindak sebagai pembentuk, pembimbing, pengurus dan pengawas permainan peringkat sekolah bagi memantapkan prestasi sesuatu pasukan  dalam pertandingan serta menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
  • Membantu Penolong Kanan Kokurikulum dan Setiausaha Sukan membahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru di  sekolahnya.
  • Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan dan mendapatkan  senarai nama dan butiran pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru  rumah sukan.
  • Menyelaras semua acara sukan dan permainan sebelum dan sehingga Hari Sukan dan Permainan.
  • Memilih, membentuk dan melatih pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah berdasarkan jadual dan  takwim kokurikulum yang telah ditetapkan oleh Majlis Kokurikulum dan  Setiausaha Sukan.
  • Menyediakan jadual latihan untuk semua jenis sukan dan permainan dengan  menetapkan tarikh, hari, masa dan tempat latihan.
  • Mengatur beberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah-sekolah lain dan pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
  • Mendapatkan pengadil dalam perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah.
  • Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah serta menyampaikan keputusan perlawanan kepada Setiausaha Sukan dan Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Mengurus dan melaksanakan Kejohanan Olahraga Tahunan / Rentas Desa Tahunan/Sukan Tara/Sukan Jalan Kaki dan menyediakan gelanggang, padang dan memastikan berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari pertandingan.
  • Menempah dan mengaturkan pengangkutan untuk pasukan dan penyokong bagi perlawanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
  • Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan tahunan.
  • Membuat, menerima dan merekodkan pesanan dan pembelian peralatan,  membaiki dan membaharui mana-mana yang perlu.
  • Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
  • Menyelaras sebarang pembelian pakaian pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian peserta sukan.
  • Menyimpan dan menyelenggara stok alatan sukan dan permainan dengan  sempurna dan kemas kini serta berkeadaan baik.
  • Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
  • Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
  • Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara).
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Penolong kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa
Ketua Guru Rumah Dan Guru Rumah
         
Tugas Dan Tanggungjawab :
  • Menubuhkan Jawatankuasa Rumah (perlantikan ahli-ahli jawatankuasa Olahraga dan permainan)
  • Mengagihkan tugas kepada guru-guru penolong rumah
  • Mempengerusi mesyuarat
  • Menyediakan senarai ahli rumah yang lengkap mengikut tingkatan
  • Mengagihkan pelajar kepada acara sukan dan permainan untuk mereka mengambil bahagian(membentuk pasukan rumah)
  • Menyusun dan mengurus latihan bagi semua pelajar dalam rumahnya mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha Sukan
  • Menguruskan surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar yang akan  mengambil bahagian mewakili rumah atau sekolah
  • Menjaga dan menentukan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan sekolah, berada dalam keadaan baik
  • Menyediakan laporan sukan dan permainan yang lengkap bagi pelajar khususnya bagi menyediakan surat akuan dan sijil berhenti sekolah
  • Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan serta pelaksanaannya di sekolah sepanjang tahun.Mengambil langkah tegas untuk meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan
  • Menyimpan rekod ahli rumah, rekod latihan dan rekod perlawanan.
  • Menjadi penasihat dan pengawal kewangan rumah
  • Melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah
  • Menganggotai Majlis Sukan Sekolah
  • Mengambil tindakan ke atas ahli rumah yang tidak mengikut peraturan
  • Mengarah setiausaha membuat laporan rumah untuk dihantar kepada Setiausaha Sukan Sek